Sertai kami dalam acara larian maya 5KM dan 21KM bermula dari 27 November sehingga 11 Disember.
Daftar segera di .. bagi merebut peluang untuk memenangi hadiah berikut.
- 1. Jersi Penamat (5KM/21KM )
- 2. Pingat Penamat (5KM/21KM)
Rekod larian anda di mana-mana aplikasi dan hantarkan kepada kami sebagai bukti.
Soalan: Apakah maksud larian maya?
Jawapan: Larian maya ialah larian yang boleh anda lakukan mengikut masa anda sendiri. Larian maya berfungsi sama seperti mana-mana jenis larian, tetapi perbezaannya ialah larian maya boleh dilakukan di mana-mana lokasi, sama ada di luar atau di atas treadmill.
S: Bila dan di mana saya akan berlari?
J: Tempoh larian adalah dari 27 November 2021 sehingga 11 Disember 2021. Anda boleh berlari di mana-mana sahaja pada bila-bila masa dari tarikh yang ditetapkan
S: Apa yang saya akan dapat selepas melengkapkan larian maya?
J: Anda akan mendapat hadiah berikut yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda:
-
1. Jersi Penamat (5KM/21KM)
-
2. Pingat Penamat (5KM/21KM)
S: Apa yang saya akan dapat jika saya tidak dapat melengkapkan larian/jarak dalam tempoh penyerahan?
J: Mereka yang gagal menamatkan larian/jarak yang ditetapkan tidak akan menerima sebarang hadiah.
S: Bolehkah saya menukar kategori saya (5KM/21KM)?
J: Tidak, setelah pendaftaran disahkan, tiada perubahan, pembatalan dan bayaran balik.
S: Bilakah saya akan menerima hadiah?
J: Hadiah akan dihantar selepas anda menyerahkan bukti larian anda.
S: Bagaimana untuk menghantar?
J: Dari 27 November 2021 sehingga 11 Disember 2021, gunakan mana-mana aplikasi dan hantar tangkap layar sebagai bukti anda sudah melengkapkan larian yang telah ditetapkan.